Wednesday 1 January 2014

Happy New Year 2014 !

Assalamualaikum,,
Selamat tahun baru kepada semua pelajar sekolah menengah yang baru masuk pendaftaran seperti saya hari ini!!!
Rindu nak sekolah dan juga jumpa kawan daripada sekolah lama...Satu sekolah tapi kelas lain2 pun tak kesah,,,...
Rasa lapar pulak tapi perut kenyang...Orang kata saya ni macam budak darjah 1 sebab baru nak masuk form 1 pulak...Orang tengok dari luar macam kecik tapi sebenarnya dah berisi dah di dalamnya...
Cuma tak boleh aktif sangat je kat sekolah...Macam buat aktiviti dalam kelas je..
Azam tahun baru :
nak jadi anak yang solehah dekat kedua2 ibu bapa dan menjadi lebih matang serta dapat membantu kerja rumah seperti memasak,mengemas rumah,dan lain2 lagi..
Yang seronok jugak sebab tiap2 hari dapat tengok muka abang n akak yang dah lama takde kat rumah sebab duduk asrama..pagi2 nanti penuh la bilik air tu nak mandi dulu...

Okeylah,,serba-serbi sedikit kehidupan tahun baru ni...Tu je yang dapat kongsikan..
Assalamualaikum....

XOXO D                                                                                           # @$y!kiN 2aMrI # <3

Saturday 9 November 2013

...Kuala Lumpur...

KHAMIS , 7 NOVEMBER 2013 -

8.30 pagi
Berhenti rehat di kawasan rehat sambil makan nasi lemak dan air mineral. Pergi ke tandas dan kedai sebarneka untuk membeli makanan.

10.00 pagi
Tiba di Suria KLCC diwaktu yang sedikit basah. Menuruni bas dan melintasi jalan raya dengan pengawal keselamatan.

10.30 pagi
Berada di dalam Petrosains. Menaiki satu kenderaan berbentuk bulat seperti bola yang berwarna hitam dan membawa ke tempat prasejarah. Mencuba pelbagai jenis permainan yang disediakan.

12.00 tengah hari
Membeli tiket untuk menaiki "ASTRO CANYON COASTER" dengan tiket yang berharga RM 3. Merasai keseronokan menaiki roller coaster bersama Sir.Rizal dan Sir.Ikhwan. Sir.Rizal tergelak-gelak setelah beberapa minit lagi tinggal untuk meninggalkan keseronokan menaiki roller coaster tersebut.

12.30 tengah hari
Menuruni roller coaster dan ke bahagian pelantar minyak dan banyak bermain ke tempat panjat-memanjat dan menggelongsor ke bawah. Memasuki bilik berlampu warna keunguan dan gigi yang putih menjadi ungu.

1.00 petang
Berkumpul di pintu masuk untuk melalui kenderaan bebola berwarna hitam dan menuruni ke pintu masuk utama Petrosains.Berkumpul di luar pintu masuk seketika bagi mengambil beg masing-masing.

1.30 petang
Ke KFC yang berdekatan dan menikmati hidangan 'snack plate' yang disediakan. Keluar dari KFC dan ke kedai "Big Apple" yang berada di hadapan KFC. Membeli dua donut yang bernama TIRA CINNO dan CHOCOLAT .... (lupa). Semuanya RM 5. Abang yang jaga kaunter tanya aku darjah berapa. Aku pun cakaplah aku ni darjah enam dan abang tu terkejut.

3.30 petang
Tiba di kilang coklat Beryl's. Menaiki tangga dan masuk ke dalam satu bilik tayangan. Menonton satu video mengenai koko dan cara pembuatan coklat. Melihat pekerja melakukan kerja menerusi tingkap kaca lut sinar. Beratur untuk memasuki bilik pameran untuk membeli coklat sebagai buah tangan. Bergambar dengan coklat besar yang telah digigit dan papan coklat Beryl's. Membeli coklat sebanyak RM 13.

5.30 petang
Berhenti di Giant Jusco. Berjalan-jalan dan membeli-belah. Ada yang beli buku,ais krim dan macam-macam lagi. Berkumpul di hadapan pintu masuk sambil duduk di atas kerusi yang disediakan. Menaiki bas untuk pulang.

7.15 malam
Melalui Bukit Tangga dan terpaksa berhenti di sana seketika akibat satu kemalangan melibatkan sebuah lori dengan beberapa kenderaan lain. Banyak mulut budak dalam bas yang celupar sebab berkata benda-benda yang tak sepatutnya dicakap sewaktu keadaan seperti itu. Menegur sesiapa yang fikir bukan-bukan dan menasihati supaya mengucap dua kalimah syahadah,selawat ke atas nabi dan membaca surah Al-Fatihah.

8.00 malam
Menuruni bas dan berjalan ke arah 'bus stand' utama. Menaiki kereta dan bergerak pulang ke rumah.

#Memang memenatkan betullah perjalanan hari tu.

                                      #@$y!Kin 2AmrI#

Thursday 31 October 2013

Kenangan Mengusik Jiwa...

Dua insan telah berpisah..Sambil bergambar memegang tangan dengan erat...Semoga ikatan ini akan berterusan sehingga ke akhir hayat... <3
*semoga berjumpa di suatu masa....*
miss u

PULAU PANDAN JAUH KETENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH
BUDI YANG BAIK DIKENANG JUA....

#JELEBU,NOVEMBER 2005... <3

Cuti Sakit Lagi!

Haih,hairan betul aku sebab mak aku macam bagi aku cuti banyak sangat bulan ni.Kalau dikira hari Rabu awal bulan ni sampai lah hari Khamis hari ni,dah dekat 10 hari dah tak pergi sekolah.Cuma minggu lepas je dari hari Isnin sampai Jumaat aku datang sekolah.Kesian Tya Ashburn bosan sebab tak ada kawan kat sekolah.Dia mesej aku pun,aku tak balas sebab tak ada kredit.
Minggu depan pulak nak pergi Kuala Lumpur.Ada lawatan sambil belajar.Tapi tak bayar habis lagi.Buku teks pun tak pulangkan lagi.Sepatutnya hari Selasa minggu ni hantar,tapi dah sakit pulak.Jadi tak datang sekolah and tak pergi kem motivasi.
Hari Selasa hari tu pun sepatutnya pergi kem motivasi sebab demam.Kesian Ustazah Fatimah Omar.Nasib baik bagi nombor telefon dan tulis nama ustazah tepi tu ------------------------>>>>>


012-XXXXXXX (UFO)


hihihik!Memang dari dulu nama singkatan ustazah tu..

YA ALLAH! BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI DUGAAN YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADAKU INI..
SEMBUHKANLAH TUBUH BADANKU INI SUPAYA AKU BOLEH KE SEKOLAH UNTUK BERTEMU SAHABAT-SAHABATKU YANG BAKAL MENINGGALKAN KENANGAN KAMI SELAMA BERADA DI ALAM PERSEKOLAHAN RENDAH..
                                                                                                                         ~AMIN~


Assalamualaikum...
Sekian,terima kasih.... ;)

Tuesday 17 September 2013

Lawatan Tahunan Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang 2013

WOW! Tak sabarnya sebab tahun ni lawatan pergi Perak.Kampung halaman tuh...
hehehe...^-^ Tapi mak and ayah aku macam tak bagi je sebab kata kat situ ada apa je. Bila aku cakap nak pergi melawat Gua Tempurung,ayah aku kata "nak tengok apa pergi sana? Tengok kelawar je lah."
Aduh!Sedih betul lah!
Lepas ayah aku habis makan je,aku cakap "alah,ayah.Nanti pergi Lost World of Tambun lagi...Nanti boleh lah mandi puas-puas...Jalan-jalan lagi..."
Sampai macam tu sekali aku cerita..Anggaran yuran untuk pergi pun cuma RM 200..
Cikgu sendiri pun ingat nak bawa pergi Legoland.Tapi pergi Legoland tu lagi mahal..Budak-budak Tahun 6 kelas aku pulak ajak pergi Langkawi sebab banyak tempat boleh pergi melawat.Tapi kalau pergi Langkawi tu tempat bercuti untuk keluarga...Ada juga yang ajak pergi Perak dengan semua alasan.Jawapan dari Guru Besar pun nak pergi melawat kat Perak tahun ni.
Tahun lepas pergi Kelantan dan Terengganu tapi tak dapat pergi sebab dah pergi dengan lawatan Pihak Penjara.
Jadi,itu sajalah yang mahu dikongsi walaupun tak banyak untuk ditaip....
Assalamualaikum...
XOXOD

Thursday 12 September 2013

MERDEKA UPSR !!!

Setelah beberapa minit menanti untuk saat yang dinanti-nantikan oleh semua calon UPSR 2013,semua budak dalam kelas aku kata 'YES! YES!'.Tapi pengawas peperiksaan kata jangan nak merdeka sangat sebab peperiksaan akhir tahun masih ada lagi..
*Tahniah kepada semua calon UPSR 2013 kerana berjaya menjawab dan menghadirkan diri untuk mengambil ujian yang sangat penting ini..Semoga anda semua berjaya untuk mendapatkan apa yang diingini...
Assalamualaikum to you all...
XOXOD