Saturday 9 November 2013

...Kuala Lumpur...

KHAMIS , 7 NOVEMBER 2013 -

8.30 pagi
Berhenti rehat di kawasan rehat sambil makan nasi lemak dan air mineral. Pergi ke tandas dan kedai sebarneka untuk membeli makanan.

10.00 pagi
Tiba di Suria KLCC diwaktu yang sedikit basah. Menuruni bas dan melintasi jalan raya dengan pengawal keselamatan.

10.30 pagi
Berada di dalam Petrosains. Menaiki satu kenderaan berbentuk bulat seperti bola yang berwarna hitam dan membawa ke tempat prasejarah. Mencuba pelbagai jenis permainan yang disediakan.

12.00 tengah hari
Membeli tiket untuk menaiki "ASTRO CANYON COASTER" dengan tiket yang berharga RM 3. Merasai keseronokan menaiki roller coaster bersama Sir.Rizal dan Sir.Ikhwan. Sir.Rizal tergelak-gelak setelah beberapa minit lagi tinggal untuk meninggalkan keseronokan menaiki roller coaster tersebut.

12.30 tengah hari
Menuruni roller coaster dan ke bahagian pelantar minyak dan banyak bermain ke tempat panjat-memanjat dan menggelongsor ke bawah. Memasuki bilik berlampu warna keunguan dan gigi yang putih menjadi ungu.

1.00 petang
Berkumpul di pintu masuk untuk melalui kenderaan bebola berwarna hitam dan menuruni ke pintu masuk utama Petrosains.Berkumpul di luar pintu masuk seketika bagi mengambil beg masing-masing.

1.30 petang
Ke KFC yang berdekatan dan menikmati hidangan 'snack plate' yang disediakan. Keluar dari KFC dan ke kedai "Big Apple" yang berada di hadapan KFC. Membeli dua donut yang bernama TIRA CINNO dan CHOCOLAT .... (lupa). Semuanya RM 5. Abang yang jaga kaunter tanya aku darjah berapa. Aku pun cakaplah aku ni darjah enam dan abang tu terkejut.

3.30 petang
Tiba di kilang coklat Beryl's. Menaiki tangga dan masuk ke dalam satu bilik tayangan. Menonton satu video mengenai koko dan cara pembuatan coklat. Melihat pekerja melakukan kerja menerusi tingkap kaca lut sinar. Beratur untuk memasuki bilik pameran untuk membeli coklat sebagai buah tangan. Bergambar dengan coklat besar yang telah digigit dan papan coklat Beryl's. Membeli coklat sebanyak RM 13.

5.30 petang
Berhenti di Giant Jusco. Berjalan-jalan dan membeli-belah. Ada yang beli buku,ais krim dan macam-macam lagi. Berkumpul di hadapan pintu masuk sambil duduk di atas kerusi yang disediakan. Menaiki bas untuk pulang.

7.15 malam
Melalui Bukit Tangga dan terpaksa berhenti di sana seketika akibat satu kemalangan melibatkan sebuah lori dengan beberapa kenderaan lain. Banyak mulut budak dalam bas yang celupar sebab berkata benda-benda yang tak sepatutnya dicakap sewaktu keadaan seperti itu. Menegur sesiapa yang fikir bukan-bukan dan menasihati supaya mengucap dua kalimah syahadah,selawat ke atas nabi dan membaca surah Al-Fatihah.

8.00 malam
Menuruni bas dan berjalan ke arah 'bus stand' utama. Menaiki kereta dan bergerak pulang ke rumah.

#Memang memenatkan betullah perjalanan hari tu.

                                      #@$y!Kin 2AmrI#

No comments:

Post a Comment