Friday 23 August 2013

PRA UPSR JPA 16

PRA UPSR JPA 16?!
Sangat menakutkan betul la peperiksaan kali ini sebab susah...Lagi-lagi Bahasa Inggeris kertas 1(okjektif).
Kira-kira 16 dah salah daripada 40.Itu pun belum campur markah dengan Bahasa Inggeris kertas 2 (subjektif).Tadi tengok Jadual Peperiksaan n ada Ujian Aptitud pulak.Ujian apa pun tak tahu lah...
Minggu depan pulak ada peperiksaan jugak.Peperiksaan apa pun tak tahu lah yang macam mana nanti...
Harap-harap dapat 5A+ untuk peperiksaan percubaan sekarang,minggu depan dan UPSR yang sebenar nanti.Nak kena patuhi peraturan semasa peperiksaan akan dijalankan atau sedang dijalankan sebab nanti kita tidak akan dapat keputusan peperiksaan yang tengah jawab contohnya Matematik...
Aku harap siapa yang jawab peperiksaan UPSR tahun ini (2013),semoga kita akan berjaya bersama-sama untuk ke asrama penuh yang berdekatan...
Assalamualaikum..........
#Sila komenkan ucapan anda..
XOXOD

Saturday 17 August 2013

Sakit Perut Dan Muntah-muntah..

Waktu 15 Ogos 2013(Khamis),aku dan kawan-kawan aku pergi beraya sampai tak ingat dunia lah katakan...Kitorang tak balik rumah tengah hari tu sebaliknya teruskan misi beraya sampai ke petang..
Keesokan harinya,mula-mula muntah kawan aku.Lepas tu aku dan kawan aku yang lagi sorang tu.Kitorang sendiri pun tak tahu la kitorang ni makan apa tengah hari tu sampai sakit perut and muntah-muntah...
Kemungkinannya mungkin laksa atau tengah hari tu kitorang perlu makan nasi atau dah banyak makan,erti kata lainnya makan tu,makan ni.(makan campur-campur)
Nak dikatakan kitorang masih terasa kesakitannya sehingga ke hari ini...Aku harap kitorang semua termasuk diri aku sendiri akan cepat sembuh untuk menghadapi peperiksaan yang semakin hampir ini...
Okey lah,kali ini itu sahaja yang saya ingin ceritakan di blog saya yang tak beberapa cantik and smarties sangat...
Thanks untuk baca blog saya dan tolong komenkan sesuatu di bawah...
Assalamualaikum....
XOXOD

Wednesday 14 August 2013

Hari Pertama Buat Blog

Hai semua!!! Hari pertama buat blog ni memang 'exited' sangat sebab bila buat je,mesti tak jadi...Ha,korang punye blog macam mana? Saya punya 'simple' je nih...Kalau korang pandai nak buat 'blog skin',buat atau ajarkanlah untuk saya...Okey,itu sahaja yang saya nak ceritakan...
Assalamualaikum....